Followers

tolong klik ye....

Suami saya comel.. =)

Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…


Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.


Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…


Eiiiii…geramnya aku!!!


Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..


”Lah..awat tak tanya…”


Eiii..geramnya aku!!!


Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..


Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..


“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”


Eiiii..geramnya aku!!!!


 Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili  api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..


Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..


Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…


Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..


“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”


Eiii…geramnya aku!!!


Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,


“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…


Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…


Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!


Eiii…geramnya aku!!!


Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..


Suratnya berbunyi begini:


Kehadapan isteriku (cewahhh..),


            Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
            Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…


Ishkk..awak ni..tak perasan ker??


            Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…


            Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT  sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…


Ishkk..awak ni..tak perasan ker??


            Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??


Ishkk..awak ni..tak perasan ker??


            Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…


“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “


Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)


            Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…


P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi


                                                                                                            Love,
                                                                                                            Suamimu

hihihihi... 
atas ni bukan cerita effa tau.. 
ni kisah orang lain..
effa terjumpa kat mane xingat.. 
tapi sweet kn cerita ni? 
kalau effa dapat suami cmtu, memang i like la.. hihi.. 

 
ade x sesiapa yang bace ni suami die macam ni? =) 

Hidup ini seperti Jongkang-Jongket

adakala kita perlu MENANGIS
agar kita tahu
hidup ini bukan sekadar KETAWA

dan

adakalanya kita perlu KETAWA
agar kita tahu
mahalnya nilai AIRMATA
bersyukur pada orang yang MENYAKITIMU
kerana dia yang membuatmu TABAH

bersyukur pada orang
yang tidak MENGENDAHKAN mu
kerana dia
yang memupukmu BERDIKARI

bersyukur pada orang yang MENJATUHKAN mu
kerana dia 
yang MEMPERHEBATKAN kemampuanmu

bersyukur pada orang
yang MENYIKSA mu
kerana dia
yang menguji KESABARAN dan KETABAHAN mu....


kata-kata ini memang diakui kebenarannya
tapi setakat mana kita boleh cuba menjadi positif seperti itu..??

berapa ramai yang boleh menerima semua kata-kata itu..??
kata-kata mudah untuk diungkap tetapi, sukar untuk ditelan...

orang kata
jangan terlalu banyak ketawa kerana ianya pasti akan berakhir dengan air mata...
adakah itu bermakna kita tidak boleh ketawa?
bukan itu maksudnya..
kita boleh untuk gembira n ketawa..
tapi kita perlu ingat
bukan setiap masa kegembiraan n kebahagiaan akan jadi milik kita...
kita selalu dengar ayat 
'hidup ibarat roda'

tetapi bagi effa
hidup ini lebih seperti jongkang-jongket...


untuk seseorang berada di atas
perlu seseorang menerima beban
untuk menjulang seorang lagi ke atas...
 tidak akan pernah dua-dua di atas 
mahupun dua-dua di bawah...



dalam setiap perhubungan
akan seperti itu
kita tidak boleh jamin dua-dua akan gembira
dalam setap keadaan n situasi
 seorang akan perlu berkorban n menggalas beban
bagi memastikan kegembiraan n kebahagiaan seorang lagi..

sama dengan perasaan..
ada masa gembira
ada masa sedih
kerana kedua-dua nya tidak boleh dirasai pada masa yang sama




walaupon ada yang berkata
'aku sedih tetapi aku turut gembira'
ianya bukan bohong
tapi pasti akan ada satu perasaan yang lebih dominan
dari perasaan yang satu lagi
hidup ini indah jika ada turun n naik
sama macam jongkang-jongket
kita akan rasa seronok bermain jongkang-jongket
bila ade turun n naik
cuba bayangkan apabila seorang hanya berada di atas 
n seorang hanya berada di bawah
kedua-duanya tidak akan rasa seronok

begitu juga dengan hidup
apabila kita selalu ketawa n tidak pernah menangis
kita tidak akan mempunyai perasaan belas
kita tidak akan belajar untuk bersyukur

setiap apa yang terjadi dalam dunia ni
ade sebab dan musabab kenapa ianya terjadi
Tuhan tidak jadikan sesuatu itu tanpa sebab
kenapa kita perlu rasa terluka?
supaya kita akan belajar untuk tidak melukai orang lain
kenapa kita perlu ditipu?
supaya kita tidak akan menipu
kenapa kita perlu rasa kecewa?
supaya kita tidak akan kecewakan impian dan harapan orang lain
kenapa?
kerana kita tau betapa sakitnya bila semua itu terjadi...
kadang-kadang 
sesuatu perkara itu tidak terjadi pada kita
tetapi pada insan yang berada di samping kita 
tetapi bukan bermakna 
kita tidak perlu mengambil iktibar
pasti ada sebab
kenapa ianya terjadi pada insan yang dekat dengan kita
bukan pada kita

maka
kita perlu ingat bahawa Tuhan masih sayangkan kita

kesedihan, kekecewaan, penipuan, pembohongan
semua yang berlaku pada kita
bukan bermakna Tuhan kejam dengan kita
tetapi
Tuhan hanya mahu menguji kita
kenapa?
kerana Tuhan sentiasa menguji hamba yang dikasihi-Nya 

jangan pernah letih
untuk berbuat baik pada insan lain
walaupon kita selalu dibalas buruk 

jangan pernah berhenti
untuk menyayangi
walaupon kita selalu dibenci

jangan pernah menyakiti orang lain
walaupon kita tidak habis disakiti

kerana
Tuhan pasti ada sediakan balasan yang terbaik
untuk kita
yang kita mungkin tidak akan pernah jangka

ingatlah
hidup ini indah
jika ada kemaafan dan kasih sayang


effa

Berkasih Sayang Tanpa Ucapan


suatu kisah yang pernah terbaca suatu masa dahulu..

Suatu hari saya dibelanja oleh teman saya makan mee di kedai mee yang agak terkenal. Harganya tak mahal tetapi sedap. Kami duduk di meja bulat yang dapat menampung sepuluh orang bila mengelilingi meja. Di meja itu ada enam orang, saya, teman saya dan empat orang kawan yang lain.

Ketika asyik makan, satu keluarga baru duduk di sebelah kami. Mereka telah memesan mee dan sedang menunggu pesanan.. Keluarga tersebut terdiri daripada sepasang suami isteri yang masih muda dan seorang anak yang berusia dalam enam tahun. 

Mereka keluarga yang jauh dari sederhana. Pakaian mereka lusuh dan kusam. Anaknya kelihatan seperti baru sembuh dari penyakit dan sedang menarik hingusnya keluar masuk. Hingusnya seperti nombor sebelas dan kadang2 seperti angka satu dengan warna kuning kehijau-hijauan. Si ibu dengan penuh kasih sayang mengelap hingus yang tidak berhenti keluar masuk hidung anaknya. 
Pasangan itu sangat bahagia melihat anaknya bermain sambil tertawa. Seperti makan mee itu merupakan perayaan menyambut kesembuhannya. Ketika mee sudah sampai keluarga tersebut makan dengan lahapnya.

Keadaan tersebut tidak berlaku bagi kami semua terkecuali teman saya. Bagi kami berlima (termasuk saya) keadaan tersebut merupakan bencana dan penyiksaan. Bayangkan, bagaimana rasanya makan mee dengan mencium satu keluarga yang bau badannya tidak enak. Belum lagi melihat dan mendengar hingus yang ditarik keluar masuk dan sesekali dibersihkan oleh ibunya. Setiap kali menyuap mee ke mulut sambil menghirup kuahnya, rasanya seperti hingus telah tercampur dengan makanan dan membuat selera makan hilang. 

Tidak beberapa lama kemudian, keempat kawan yang duduk semeja dengan kami meninggalkan meja satu persatu- tanpa menghabiskan makanan. Melihat ini ada rasa kepahitan yang terpancar di wajah keluarga muda itu, seperti rasa rendah diri dan terasing melihat sikap saya dan empat lainnya.

Tetapi itu tidak lama, terutama ketika mereka melihat teman saya, keceriaan mereka pulih kembali. Teman saya tetap menikmati mee tanpa mengendahkan orang lain. Seolah-olah tidak ada bau di sekitarnya dan tidak ada bunyi hingus. 
Saya juga terpaksa berpura2 tidak endah dan terus menghabiskan mee kerana mahu menghormati teman saya yang belanja saya makan. Selesai makan, kami masih duduk dua puluh minit sebelum meninggalkan kedai makan. Saya pelik dengan teman saya yang luar biasa. Biasanya setelah makan, dia hanya duduk paling lama sepuluh minit. Sekali lagi saya terpaksa menemani teman saya dengan perasaan yang sangat jengkel.

Akhirnya kami keluar meninggalkan kedai dan keluarga muda, saya merasa lega. Dalam perjalanan pulang, teman saya mengatakan dia sangat terganggu duduk berhampiran keluarga tersebut. Ia merasa ada bau dan terganggu dengan bunyi hingus anaknya itu. Dia juga merasa seperti apa yang saya rasakan.

Teman saya juga mengatakan, jika dia meninggalkan keluarga tersebut ketika mereka bergembira, keluarga itu akan merasa terpukul, tidak berharga, terasing dan putus asa. Si suami sedang memberi yang terbaik bagi keluarganya. Mereka bersukacita merayakan kesembuhan anaknya. Si suami telah mengeluarkan wang yang bagi mereka cukup mahal dari hasil kerja keras hanya untuk memberikan yang terbaik bagi keluarganya. Wang itu tidak begitu banyak untuk ukuran kami tetapi tidak bagi keluarga itu.

Saya sangat terkejut mendengar kata kata teman saya. Dan tidak menyangka teman saya telah melakukan sesuatu yang luar biasa bagi keluarga itu. Dengan caranya yang berbeza - bertahan makan mee sampai habis dan menunggu dua puluh minit setelah makan, telah memberi semangat baru bagi keluarga itu. Saya teringat bagaimana rasa kepahitan, rendah diri dan terasing di wajah kedua suami isteri itu ketika melihat pelanggan yang lain meninggalkan meja tanpa menghabiskan makanan dan melihat tingkah saya. Saya juga teringat bagaimana pasangan ini kembali ceria begitu melihat sikap teman saya yang tidak kisah.

Pertama kali dalam hidup ini, saya menyedari bagaimana utk mengasihi sesama manusia tanpa mengatakannya benar-benar tidak mustahil. Teman saya dapat menunjukkan kasih sayang kepada sesama saudara tanpa perkataan dalam waktu sesingkat itu. Cukup hanya dengan meneruskan makan mee sampai habis. Menunggu dua puluh minit setelah selesai makan. Yang terakhir menahan rasa bau untuk menyempurnakan segalanya telah menunjukkan suatu keajaiban kasih dan dilakukan oleh seorang teman. 

Ajaib bagaimana teman saya menegur saya tanpa mengatakan sesuatu. Dia tidak menuduh tetapi cukup membuat saya rasa sangat terpukul dan malu tetapi tidak marah. Saya kembali mengingatkan diri sendiri bagaimana selalunya kita mengatakan mengasihi sesama manusia tetapi tidak pernah melakukannya

sesuatu yang selalu kita anggap remeh
tetapi memberi makna yang besar pada orang lain..

kenapa kita terlalu mudah untuk memandang rendah n memandang hina pada orang lain
sedangkan kita semua adalah sama sahaja di sisi Allah....
yang membezakan hanyalah iman dan amal...

tiada sesiapa di kalangan manusia berhak untuk menghina n mengeji manusia lain..
kerana kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya...

baik buruk seseorang, bukan kita yang berhak menilai..
jika kita anggap orang itu hina, xsemestinya kita mulia...

kita memandang jijik pada orang 
tetapi tidak mustahil suatu hari nanti kita akan jadi lebih jijik lagi...

siapa kita untuk merendahkan orang lain..
kerana kita bukan selamanya di atas...

siapa kita untuk menyinggung perasaan orang lain
kerana kita bukannya sempurna...

mulianya kita bukan terletak pada pangkat n harta...
hinanya mereka bukan pada kemiskinan mereka..

tidak mustahil mereka yang kita hina itu
adalah lebih mulia di akhirat kelak...

sama-samalah kita renungkan...
bumi berputar...
roda berputar..
yang di atas akn jatuh ke bawah..
yang di bawah akan naik ke atas...
tiada orang di bawah, 
kita xkan di atas....

Percentage kamu di hatinya

hello girls..
hari ni effa nak tanya korang

pernah x korang tanya pada teman lelaki, kekasih, boyfriend, gewe, pakwe or suami korang

berapa percent korang berada dalam hatinya?



seorang lelaki sejati yang mencintaimu dengan ikhlas tidak akan berkata bahawa kamu 100% memiliki ruang di hatinya

kenapa..??

kerana selain kamu, lelaki perlu bahagikan hatinya kepada perkara yang lebih penting dari kamu



Adalah untuk Allah



Adalah untuk keluarganya




Adalah untuk kamu

kenapa hanya 20% ?

sebab seorang lelaki yang bakal menjadi imam kamu,  pemimpin bagi keluarga kamu, ayah kepada anak2 kamu perlulah menyintai Tuhannya terlebih dahulu
kerana kita wajib mentaati suruhan-Nya & meninggalkan larangan_nya
kerana sudah termaktub sejak azali bahawa kita hanyalah hamba-Nya 
segala milik kita adalah pinjaman dari-Nya
perasaan kasih, sayang, cinta n rindu itu semua datang dari-Nya..

30% untuk keluarganya
seperti mana kita tahu, tanggungjawab seorang anak lelaki terhadap keluarganya tidak akan pernah putus meskipun telah berkahwin
jika ingin mencari pasangan, carilah lelaki yang menyayangi n bertanggungjawab terhadap keluarganya..
seperti mana abah effa cakap, lelaki yang mengabaikan keluarganya mungkin akan mengabaikan kamu bila kamu telah menjadi keluarganya (isteri)
kamu tak perlu risau
kerana apabila kamu telah berkahwin dengannya, kamu turut menjadi keluarganya..
keluarga kamu dengannya bersama anak2 kamu
maka kamu turut mendapat bahagian dalam 30% itu

20%
hanya 20% untuk kamu
mungkin bagi kamu kecil nilainya
tapi bagi si lelaki
kamulah yang melengkapkan 100% hatinya
tanpa kamu, hati mereka tidak lengkap sepenuhnya
oleh itu, jangan berkecil hati walau nilainya kecil
tetapi peranan kamu besar.. =)

nilai2 ini mungkin berbeza bagi setiap orang
terpulang pada si jejaka untuk membahagikan peratusan tersebut

nilai2 ini effa dapat dari  

 Mr Bear

beliau katakan

"apa yang ada di fikiran abg.. 20% sayang,30% family,50% Allah" 

"mungkin peratusan tu kecik bagi sayang, tapi sayang pelengkap untuk semua tu"

terima kasih Mr Bear kerana menyediakan ruang untuk saya..  


terima kasih kerana selalu ada untuk saya..

semoga perhubungan kita berkekalan ke akhir hayat..

p/s: doakan semoga hubungan kami berpanjangan n kekal ke akhir hayat ya.. =)

PeRaNgAi LeLaKi BeFoRe N aFteR KaWiN..

CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.



SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI : 
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa...

nak buat macam mana?
renung2kan.. =)

Mr Bear 02


Thanx Mr Bear
Untuk kasih sayang & cinta ini.. ^_^

GurLs CoMpLicaTeD but GuYs WeiRd...

guys selalu cakap gurls complicated...
but guys are weird..

guys ade 1 sikap di mane sebelum dapat, kalau mereka bercakap, macam menanam tebu di pinggir bibir...
bila dah dapat, hampeh........

di awal perkenalan, mereka bagi madu...
di pertengahan mereka bagi racun...
di penghujung, mereka bagi madu tapi bukan madu lebah tapi mereka bawak balik 'madu' untuk isteri mereka...
pelik kan?

sama juga dengan di awal proses mengorat..
mereka sanggup buat apa saja untuk buktikan cinta mereka kononnye...
bila dah dapat girl yang diorang nak tu jadi awek diorang, hilang terus pengorbanan diorang tu..
silap haribulan, girl tu pulak yang kena banyak berkorban untuk that guy..
pelik kan?

lelaki ni macam lalang...
mudah ditiup angin..
kesana kemari...
nampak awek yang cun sikit, terus campak awek lame yang dia rasa kurang cantik...
tapi 1 la..
diorang tu kurang cerdik sebenarnya...
xtau pilih antara kaca n permata..
bile dah terkena, mula menuduh perempuan ni semua jahat la, xboleh percaya la..
tapi dia lupa...
kalau dia xpernah buat camtu kat perempuan, dia xkan terima nasib camtu..
what u give, u get back...
tu hukum karma...
sama juga kalau kita buat jahat kat dunia ni..
Tuhan bayar cash..
tengok macam iklan kat tv..
ada sorang guy ni meragut handbag 1 girl..
lepas tu mak dia pulak kena ragut n kena langgar...
itu yang menunjukkan 'what u give, u get back..'
u deserve it...

so, guys or girls, think twice, triple or as much as u need b4 doing something..
sometime we didn't know what we'll get in the future...
if orang buat baik dengan kita, try untuk repay more than what they give...
but if orang buat jahat dengan kita, jangan buat apa2 yang buruk..
cukuplah kita ucapkan 'Alhamdulillah'
if we do the same as what they do, maknanya kite pun same je cam diorang...
so kita biar Tuhan yang balas...
lebih baik kita doakan agar mereka diberi hidayah oleh Allah s.w.t...

in times of difficulties, don't ever say 'God i have a big problem'
but instead
'hey problem, i have a big God..'
n everything will be alright...
God bless u n all of us...

p/s: Mr Bear jangan buat camtu tau.. kalau x saya asah pedang samurai.. haha.. 

Dedicated to Mr Bear



hai Mr Bear..

what's up bro..??
hahahaha..

actually kan Mr Bear..
i've got something to tell u la brader..
hope u jangan amik hati ye..

saya mungkin nampak kasar bagi awak
saya selalu bersikap kejam dengan awak
saya selalu bersikap selamber badak dengan awak
tapi hati saya lembut..
hati saya mudah tersentuh dengan kata2 indah n romantik awak
hati saya terpaut dengan tutur kata n bicara awak.. 

saya susah untuk mengungkapkan kata sayang
saya susah untuk mengungkapkan kata rindu
saya tidak pernah terluah kata cinta
tapi bukan itu bermakna saya tidak sayang, rindu n cinta
cuma saya tidak mahu ianya menjadi kata2 yang tidak bermakna suatu hari nanti..



saya bersikap ganas


tapi saya sebenarnya manja



saya nampak keras


tapi seketul hati saya lembut



saya nampak kejam


tapi saya sebenarnya sayang



saya bersikap tak endah


tapi saya sebenarnya rindu



saya nampak tak berperasaan


tapi saya sebenarnya cinta
cuma saya tidak tahu bagaimana untuk mengungkapnya



saya cuma ingin awak tahu

 
awak satu2nya Mr Bear saya
dan akan selalu kekal sebagai Mr Bear saya..
I Love You Mr Bear

FiZiKaL PeReMpUaN....

hai gurlz.. hai boyz..
how are u today?

hari ni effa nak cerita pasal bentuk fizikal pulak
ni bukan pasal perbandingan sesama gender tapi comparison secara am antara lelaki n perempuan

fizikal perempuan selalunya dikatakan kecil n lemah...
sebab ape?
sebab kebanyakan perempuan kecil n rendah daripada lelaki
walaupun ada juga lelaki yang comel2 gitu
tapi ape yang effa nak cakap kan ni adalah secara general..

perempuan selalu dipanggil lemah sebab bentuk fizikal mereka yang 'comel'
perempuan xseharusnya terus mengakui ape yang mereka katakan itu...
sebenarnya banyak kelebihan bagi perempuan dari segi fizikal camtu....
fizikal yang kecil tu besar kelebihannya

fizikal perempuan kebiasaannya kecil dari lelaki..
supaya lelaki boleh melindungi kaum perempuan...
supaya lelaki boleh mendakap perempuan..
n supaya lelaki boleh dukung perempuan...



untungkn perempuan?
dah besar pun still boleh didukung..
lelaki xboleh...
kalau lelaki dukung lelaki, orang kata songsang...
kalau perempuan dukung lelaki, terbalik pulak..
nanti orang kata lelaki tu ngade + lembik....
tapi kalau perempuan minta didukung, tandanya manja...
hihihihi....
i like.. =p
(part ni Mr Bear sila take note ye..)



so sape cakap fizikal perempuan yang kecil tu xde kelebihan?

” Wanita itu dijadikan dari tulang rusuk lelaki, tidak dari kepala untuk dijunjung dan tidak dari kaki untuk dialasi sebaiknya dari sisi, dekat dengan tangan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dikasihi”

AiR MaTa... KeKuaTaN or KeLeMaHaN....???

hi gurls n boys...
camne hari ni?
malam ni effa ingat nak story-mory sikit pasal air mata...



orang lelaki selalu cakap perempuan ni 'cengeng' la, 'cemeng' la, n lain2 yang diorang gelar kat perempuan bila tengok perempuan menangis..
tapi ada juga yang jadi cair n lemah bila tengok perempuan menangis or mengalirkan air mata kan?
tapi sebenarnya ada yang lelaki xtau pasal air mata perempuan...

air mata perempuan ni merupakan senjata n kekuatan bagi perempuan tapi kelemahan bagi lelaki..

nak tau kenapa effa cakap camtu?
check dis out ok...

sepasang couple klu bergaduh disebabkan salah pihak lelaki...
perempuan apabila menangis akan membuatkan lelaki rasa bersalah sangat...
lelaki tersebut akan meminta maaf kerana membuatkan perempuan tersebut sedih n menangis...
lelaki tu juga akan lebih 'care' pasal perasaan perempuan tu
(tu pun kalau lelaki tu betul sayangkan perempuan tu la..)
orang pun akan cakap lelaki tu kejam sebab mendera perasaan perempuan yang ikhlas sayangkan dia..
blame will be put on guys...

sepasang couple kalau bergaduh sebab salah perempuan....
lelaki akan marah perempuan tu n perempuan tu akan menangis..
lelaki tu pun akan jadi serba xkena sebab kalau orang lain nampak perempuan tu menangis, orang akan cakap dia tu lelaki dayus sebab memarahi perempuan tu dengan teruk sampai menangis..
orang akan cakap guna la kaedah yang lembut untuk menegur kesalahan....
blame will be put on guys...

cuba bayangkan sepasang kekasih bergaduh n lelaki yang menangis..
orang akan cakap..
'lembik r lelaki tu.. gaduh dengan awek je nangis... ape daa....'
xpun orang akan cakap..
'bodoh r lelaki tu nak nangis sebab gaduh dengan awek... xjantan r nangis pasal awek ni..'
blame will be put on guys...

apabila seorang perempuan menangis disebabkan xmampu nak buat sesuatu kerja...
orang for sure akan kata 'kesian perempuan tu... siapa la sanggup buli dengan bagi perempuan tu banyak sangat kerja yang teruk2..'
kalau lelaki gentleman pasti akan cakap, 'biar saya tolong awak buat kerja tu... jangan nangis ya...'
sesiapa pun akan simpati...

apabila seorang lelaki menangis sebab xmampu buat kerja yang diamanahkan...
orang akan cakap..
'apsal lembik sangat ni? baru suruh buat kerja sikit dah nak nangis..  macam perempuan je... cuba la jadi jantan sejati... dah namenye lelaki memang la banyak tanggungjawab..'

tu antara beberapa situasi yang berkaitan dengan air mata...
so camne?

betul x air mata merupakan kekuatan bagi perempuan tapi kelemahan bagi lelaki...




VS




lelaki kalau tengok perempuan menangis akan jadi lemah n lelaki kalau menangis orang akan kata lelaki tu lemah...

pi mai pi mai tang tu jgak...

air mata apabila dikaitkan dengan lelaki akan menjadi kelemahan lelaki...

so siapa cakap perempuan bodoh?
perempuan sebenarnya bijak kerana tahu menggunakan senjata mereka....

siapa yang bijak or siapa yang kurang bijak sebenarnya...???

renung-renungkan, fikir-fikirkan.......

Arigato

*burp*

opssss.. =p

hai semua..
sorry la terkeluar pulak sendawa tadi.. hihi..
maklum la.. baru lepas makan.. haha..

kali ni effa buat entry ni sebab nak mengucapkan






pada siapa?
pada Mr Bear.. ^_^

thanx Mr Bear sebab tolong edit template n header blog effa..
thanx a lot Mr Bear..
i really appreciate it dear..

ok la.. effa nak chiow dulu..
nanti effa bebel lagi..

next entry akan publish kul 12 am nanti..
pasal ape?
mesti la about girls..
so wait for da next entry ok.. =)

Follower ke 111111111

assalamualaikum..
orang cakap, nak masuk rumah sendiri pun kena bagi salam walaupun xde orang dalam rumah..
so korang2 yang datang melawat teratak effa ni sila jawab salam tu ye..
x jawab dosa tau..

actually effa buat entry ni sebagai penghargaan dan terima kasih


pada siapa?
kepada follower effa yang ke 111 bukan 111111111 ye..
hahaha..
korang jangan marah ye..
tajuk tu saje nk bagi gempak so letak 1 tu extra ckit..
hihihi

sungguh bertuah beliau ni..
jadi follower ke 111 pada tahun 2011..
nak tahu siapa beliau?
beliau seorang blogger yang famous amos gitu..
jejaka pujaan malaya lagi..
beliau ni jugak sangat puitis n jiwang..
xpercaya? sila jengah 
bLoG BeLiaU
beliau tak lain n xbukan adalah saudara Pendamba Mawar
tapi dengar2 beliau sekarang sedang di usha oleh seseorang..
so gadis2 malaya jangan frust ye.. hahaha..

bace dek Cik Abang Pendamba Mawar ni nanti habis effa kena gulai.. haha
sowie ye.. gurau2 je.. =p

pape pun time kasih banyak2 sebab sudi jadi follower effa yang ke 111..

  terharu effa.. hihi..

PeReMpUaN LeMaH ke LeLaKi KuRaNg BiJaK...????

hi u'olls..
entry kali ni boleh dikatakan kesinambungan bagi entry perempuan lemah..??

girls...
orang slalu cakap perempuan lemah kan?
dan yg selalu cakap camtu adalah lelaki...

well..
ade sesetengah situasi mungkin betul tapi bukan semua perempuan lemah n bukan setiap masa mereka lemah...
perempuan sebenarnya ada kekuatan yang luar biasa...
jauh lebih kuat dari lelaki...

perempuan memang boleh bersikap lemah tapi bagi sesetengah situasi je...
contohnya,
perempuan kalau rasa macam x nak angkat barang berat, boleh menggunakn kelemahan tu...
guna je ayat camni....

'abang, berat la beg ni.. sakit tangan nak angkat... abang tolong angkat bole....??? '

buat ayat tu dengan muka kesian + nada manja sikit...

mesti boyfie, kawan lelaki, suami, atau whoever yang bergelar lelaki akan kesian n tolong angkat barang yang berat tu n kita sbgai perempuan bole berlenggang...
hihihihi...
betol x?
so perempuan ni lemah ke???

perempuan sebenarnya bukan lemah tapi mereka gunakan kebijaksanaan mereka di tempat n situasi yg btol tanpa disedari oleh lelaki...
so lelaki jangan la terlalu cepat membuat konklusi yang perempuan ni lemah ye....

renungkanlah wahai kaum adam sebelum kamu menjatuhkn hukum yg perempuan ni lemah....

p/s: cuba bayangkan kalau lelaki yang cakap camtu....
      mesti ramai yang muntah hijau kan?
      hihihihi....

next entry effa akan bagi point lain pulak ye.. ^_^

PeReMpUaN LeMaH…???

Lirik Hey Ladies - Rossa

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur
Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semua bohong

Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis


td i duk dgr mp3 kesayangan i ni..



tetibe i dgr lgu hey ladies ni…
i jd mcm berkenan dengan lirik lgu ni…
terutama part yg i bold kn tu….
i rase perempuan skrg dh semakin pandai berfikir dlm perhubungan…
tp x dinafikn yg masih ramai lg yg ‘belum pandai’ berfikir…
i rase perempuan or ladies zaman sekarang kena kuat n bijak mcm lirik lgu ni…
mmg xsemua lelaki jahat tapi kite still kena berhati-hati..
terutama dalam zaman cyber ni…
skrg ramai org berkenalan melalui teknologi mcm chatting n website…
tp kite kena ingt, xsemua org jujur dlm alam maya….
ramai yg hanya berpura-pura menjadi diri org lain…
so xkira la lelaki or perempuan, jgn terlalu mudah mempercayai sesiapa yg kita tidak kenali…
last but not least, be carefull where eva u go…
take care…
mmmuuaahhxxxxxx……..


Siapa Nak iPhone 4 FREE..????

korang.. siapa nak iphone 4 FREE..???

btol ni free..

kalau korang nak, korang leh klik sini

btol ni.. xtipu..

so kalau berminat, cepat2 klik sini

jangan lupa sign up dulu nnt tau..

peluang terbuka smpai 31 Ogos 2011 ni je..

Template & Twitter

hello everyone..
selamat petang semua..
hari ni effa tiba2 semangat nak update..
nak tau kenapa?
sebab effa baru je tukar template blog.. hihi..
sekian lame template tu tak bertukar..
boring plak.. hihi..
walaupun just tukar template biasa je tapi ok la kan dari tak tukar terus.. hihi..
actually header blog ni nak tukar tapi effa tak pandai nak design..
ade sesiapa yang baik hati nak tolong design kan tak?
nanti effa bagi kek batik buatan sendiri.. hihi..

ok la, nak try explore lagi..
mane tau ade idea lain plak..
tata korang..

p/s:
sila la follow twitter baru effa.. ^_^
my twitter

OCTOVE

SELAMAT PAGI MALAYSIA... 

ade yang masih berjaga?
ade yang memang xnak tido sebab nak terus sahur?
ade yang sedang busy chatting?
ade yang sedang main game?
ade yang sedang tengok bola?
ade yang sedang update blog?
ade yang sedang on9 facebook?
ade yang sedang blogwalking?
ade yang sedang tweet2?
ade yang sedang on9 OCTOVE? 

ade yang tertanya2 ape itu OCTOVE ?

kalau korang nak tau, sila klik sini

c u there.. ^_^



Trifle

petang tadi effa buat trifle..
emm.. lame da nak makan..
dulu makan sebab kawan buat..
semalam lagi plan nak buat tapi semalam buat kek batik..

akhirnya hari ni jadi buat..
nasib baik jadi walaupun ade kekurangan sikit.. hihi..

ini rupa trifle yang telah dipotong.. =)

tadi effa buat banyak sebab memang dah niat nak bawak gi surau..
alhamdulillah niat tercapai dan trifle tu ramai yg suke.. 
habis jugak trifle tu.. 

btw, semalam effa buat kek batik..
nasib baik jadi.. =)
kek batik tu pun effa bawak gi surau..
nasib baik dapat respon positif walaupon coklatnye agak pekat.. 
biase la.. 1st time.. =p

kek batik.. =)

esok nak buat ape pulak ye?
any idea..??

kek batik

hari ni effa buat kek batik..
td search resepi pstu beli bahan n terus buat..
jadi atau x xpasti lg sbb xrase lagi.. harap2 jadi..
niat di hati nk bawak ke surau malam ni time g terawih nanti.. =)

ni pic curi dr pakcik google.. hihi..
pic kek batik buatan effa nanti effa upload kemudian ye.. =)




yummy...

masa oh masa

assalamualaikum semua..
korang buat ape tu?
awal betol bersila depan makanan..
 actually effa saje je update blog ni smbil tunggu waktu berbuka..
kat sini waktu berbuka untuk hari ini pukul 7:26 pm
lambatnye lagi.. huhu...

ape menu berbuka korang hari ini?
effa xtau lg sebab xmenjenguk kt dapur pun..
cume terbau2 je..
menggoda betol..

hari ini effa xberpeluang nak g bazar..
semalam effa g bazar..
memang menggoda btol..
rambang mata tengok makanan..
rambang mata jugak tengok mamat2 ensem yang g bazar.. haha..

ok la..
adik2 ajak main mercun..
so nak g main mercun jap..
tata...

RIP: Liana Afiera Malik

Berita duka: 
Novelis popular Pn. Liana Afiera Malik - (Bukan Puteri Lindungan Bulan) telah kembali ke rahmatullah. Innalillahiwainnailaihirojiun.​ Semoga rohnya ditempatkan di tmpt yg istimewa di sisi Allah.
beliau meninggal disebabkan pendarahan yang teruk di kepala akibat terjatuh di bilik air..
marilah kita sama2 mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh.. 
Al-Fatihah...

Waktu Berbuka Puasa

hai hai semua..
ape ni lemah je nampak?
relax la brader..
ape duk tengok2 jam je tu?
da xsabar nak berbuka ke?

btw, kalau korang nak tengok waktu berbuka puasa bagi tempat korang, sila jangan klik  


da2... cukup2 tengok jam tu.. 
baik korang g buat keje2 berfaedah...
jangan korang g makan tengah hari da la ye.. =p

Santapan BERBUKA

assalamualaikum semua..
macam mane permulaan puasa?
anda bangun sahur?

hari ni sahur banyak lauk mama masak..
ade ikan selar kuning goreng (my fav), daging goreng n daging masak kicap n sayur kailan..
actually semua tu effa suke.. hihi..
ishhh.. effa ni g ckp psl makanan pulak..

hopefully hari ni tiada aksi menggoda nafsu makan di depan mata.. hihi...
(macam budak kecik la kau effa)

harap2 jugak adik bongsu effa dapat puasa penuh tahun ni.. amin..

nanti berbuka nk minum air ape ek?
gila kau effa.. subuh2 da fikir nk berbuka ape..

btw, nak tau jgak..

ape menu fav korang time bulan puasa?

air ape korang slalu pilih time berbuka?

makanan ape yang selalu buat korang meleleh air liur? 

perghhhhhhhhhh.......
terbayang2 da ni...

ce citer ce citer.. =p

Jom Puasa... ^_^

assalamualaikum pembuka bicara...

di sini saya Nor Farhana ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam tidak kira di mana anda berada..
pesanan sampingan, jangan puasa yang2 yok ye... =p

hahaha..
da macam buat ucapan kat radio plak..
anyway, diam tak diam, kita da pun berada di bulan Ramadhan al Mubarak..
bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan sekali lagi untuk berpuasa pada tahun ini...

tadi effa berpeluang ke surau di kampung terchenta ni untuk menunaikan solat terawih..
Alhamdulillah ramai di surau tadi..
pakcik makcik adik kakak atok nenek..
rasanya macam baru lagi solat terawih tahun lepas..
cepat betul masa berlalu..
semoga tahun ni dapat menunaikan solat terawih penuh di surau..

ok la.. da tengah malam ni..
effa da nak tido.. pagi nanti nak bangun sahur pulak...
korang semua jangan lupe bangun sahur tau..
jangan tengah hari esok buat2 lupe gi geledah dapur n korek periuk pulak..
bagi yang uzur diberi pengecualian.. haha...

ok la..
akhir kata, semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini kita semua beroleh keberkatan n dilimpahi rahmat Allah s.w.t.
aminnnnn...........