Followers

tolong klik ye....

Showing posts with label boys. Show all posts
Showing posts with label boys. Show all posts

Suami saya comel.. =)

Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…


Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.


Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…


Eiiiii…geramnya aku!!!


Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..


”Lah..awat tak tanya…”


Eiii..geramnya aku!!!


Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..


Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..


“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”


Eiiii..geramnya aku!!!!


 Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili  api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..


Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..


Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…


Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..


“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”


Eiii…geramnya aku!!!


Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,


“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…


Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…


Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!


Eiii…geramnya aku!!!


Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..


Suratnya berbunyi begini:


Kehadapan isteriku (cewahhh..),


            Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
            Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…


Ishkk..awak ni..tak perasan ker??


            Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…


            Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT  sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…


Ishkk..awak ni..tak perasan ker??


            Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??


Ishkk..awak ni..tak perasan ker??


            Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…


“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “


Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)


            Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…


P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi


                                                                                                            Love,
                                                                                                            Suamimu

hihihihi... 
atas ni bukan cerita effa tau.. 
ni kisah orang lain..
effa terjumpa kat mane xingat.. 
tapi sweet kn cerita ni? 
kalau effa dapat suami cmtu, memang i like la.. hihi.. 

 
ade x sesiapa yang bace ni suami die macam ni? =) 

Percentage kamu di hatinya

hello girls..
hari ni effa nak tanya korang

pernah x korang tanya pada teman lelaki, kekasih, boyfriend, gewe, pakwe or suami korang

berapa percent korang berada dalam hatinya?



seorang lelaki sejati yang mencintaimu dengan ikhlas tidak akan berkata bahawa kamu 100% memiliki ruang di hatinya

kenapa..??

kerana selain kamu, lelaki perlu bahagikan hatinya kepada perkara yang lebih penting dari kamu



Adalah untuk Allah



Adalah untuk keluarganya




Adalah untuk kamu

kenapa hanya 20% ?

sebab seorang lelaki yang bakal menjadi imam kamu,  pemimpin bagi keluarga kamu, ayah kepada anak2 kamu perlulah menyintai Tuhannya terlebih dahulu
kerana kita wajib mentaati suruhan-Nya & meninggalkan larangan_nya
kerana sudah termaktub sejak azali bahawa kita hanyalah hamba-Nya 
segala milik kita adalah pinjaman dari-Nya
perasaan kasih, sayang, cinta n rindu itu semua datang dari-Nya..

30% untuk keluarganya
seperti mana kita tahu, tanggungjawab seorang anak lelaki terhadap keluarganya tidak akan pernah putus meskipun telah berkahwin
jika ingin mencari pasangan, carilah lelaki yang menyayangi n bertanggungjawab terhadap keluarganya..
seperti mana abah effa cakap, lelaki yang mengabaikan keluarganya mungkin akan mengabaikan kamu bila kamu telah menjadi keluarganya (isteri)
kamu tak perlu risau
kerana apabila kamu telah berkahwin dengannya, kamu turut menjadi keluarganya..
keluarga kamu dengannya bersama anak2 kamu
maka kamu turut mendapat bahagian dalam 30% itu

20%
hanya 20% untuk kamu
mungkin bagi kamu kecil nilainya
tapi bagi si lelaki
kamulah yang melengkapkan 100% hatinya
tanpa kamu, hati mereka tidak lengkap sepenuhnya
oleh itu, jangan berkecil hati walau nilainya kecil
tetapi peranan kamu besar.. =)

nilai2 ini mungkin berbeza bagi setiap orang
terpulang pada si jejaka untuk membahagikan peratusan tersebut

nilai2 ini effa dapat dari  

 Mr Bear

beliau katakan

"apa yang ada di fikiran abg.. 20% sayang,30% family,50% Allah" 

"mungkin peratusan tu kecik bagi sayang, tapi sayang pelengkap untuk semua tu"

terima kasih Mr Bear kerana menyediakan ruang untuk saya..  


terima kasih kerana selalu ada untuk saya..

semoga perhubungan kita berkekalan ke akhir hayat..

p/s: doakan semoga hubungan kami berpanjangan n kekal ke akhir hayat ya.. =)

PeRaNgAi LeLaKi BeFoRe N aFteR KaWiN..

CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.



SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI : 
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa...

nak buat macam mana?
renung2kan.. =)

GurLs CoMpLicaTeD but GuYs WeiRd...

guys selalu cakap gurls complicated...
but guys are weird..

guys ade 1 sikap di mane sebelum dapat, kalau mereka bercakap, macam menanam tebu di pinggir bibir...
bila dah dapat, hampeh........

di awal perkenalan, mereka bagi madu...
di pertengahan mereka bagi racun...
di penghujung, mereka bagi madu tapi bukan madu lebah tapi mereka bawak balik 'madu' untuk isteri mereka...
pelik kan?

sama juga dengan di awal proses mengorat..
mereka sanggup buat apa saja untuk buktikan cinta mereka kononnye...
bila dah dapat girl yang diorang nak tu jadi awek diorang, hilang terus pengorbanan diorang tu..
silap haribulan, girl tu pulak yang kena banyak berkorban untuk that guy..
pelik kan?

lelaki ni macam lalang...
mudah ditiup angin..
kesana kemari...
nampak awek yang cun sikit, terus campak awek lame yang dia rasa kurang cantik...
tapi 1 la..
diorang tu kurang cerdik sebenarnya...
xtau pilih antara kaca n permata..
bile dah terkena, mula menuduh perempuan ni semua jahat la, xboleh percaya la..
tapi dia lupa...
kalau dia xpernah buat camtu kat perempuan, dia xkan terima nasib camtu..
what u give, u get back...
tu hukum karma...
sama juga kalau kita buat jahat kat dunia ni..
Tuhan bayar cash..
tengok macam iklan kat tv..
ada sorang guy ni meragut handbag 1 girl..
lepas tu mak dia pulak kena ragut n kena langgar...
itu yang menunjukkan 'what u give, u get back..'
u deserve it...

so, guys or girls, think twice, triple or as much as u need b4 doing something..
sometime we didn't know what we'll get in the future...
if orang buat baik dengan kita, try untuk repay more than what they give...
but if orang buat jahat dengan kita, jangan buat apa2 yang buruk..
cukuplah kita ucapkan 'Alhamdulillah'
if we do the same as what they do, maknanya kite pun same je cam diorang...
so kita biar Tuhan yang balas...
lebih baik kita doakan agar mereka diberi hidayah oleh Allah s.w.t...

in times of difficulties, don't ever say 'God i have a big problem'
but instead
'hey problem, i have a big God..'
n everything will be alright...
God bless u n all of us...

p/s: Mr Bear jangan buat camtu tau.. kalau x saya asah pedang samurai.. haha.. 

FiZiKaL PeReMpUaN....

hai gurlz.. hai boyz..
how are u today?

hari ni effa nak cerita pasal bentuk fizikal pulak
ni bukan pasal perbandingan sesama gender tapi comparison secara am antara lelaki n perempuan

fizikal perempuan selalunya dikatakan kecil n lemah...
sebab ape?
sebab kebanyakan perempuan kecil n rendah daripada lelaki
walaupun ada juga lelaki yang comel2 gitu
tapi ape yang effa nak cakap kan ni adalah secara general..

perempuan selalu dipanggil lemah sebab bentuk fizikal mereka yang 'comel'
perempuan xseharusnya terus mengakui ape yang mereka katakan itu...
sebenarnya banyak kelebihan bagi perempuan dari segi fizikal camtu....
fizikal yang kecil tu besar kelebihannya

fizikal perempuan kebiasaannya kecil dari lelaki..
supaya lelaki boleh melindungi kaum perempuan...
supaya lelaki boleh mendakap perempuan..
n supaya lelaki boleh dukung perempuan...



untungkn perempuan?
dah besar pun still boleh didukung..
lelaki xboleh...
kalau lelaki dukung lelaki, orang kata songsang...
kalau perempuan dukung lelaki, terbalik pulak..
nanti orang kata lelaki tu ngade + lembik....
tapi kalau perempuan minta didukung, tandanya manja...
hihihihi....
i like.. =p
(part ni Mr Bear sila take note ye..)



so sape cakap fizikal perempuan yang kecil tu xde kelebihan?

” Wanita itu dijadikan dari tulang rusuk lelaki, tidak dari kepala untuk dijunjung dan tidak dari kaki untuk dialasi sebaiknya dari sisi, dekat dengan tangan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dikasihi”

AiR MaTa... KeKuaTaN or KeLeMaHaN....???

hi gurls n boys...
camne hari ni?
malam ni effa ingat nak story-mory sikit pasal air mata...



orang lelaki selalu cakap perempuan ni 'cengeng' la, 'cemeng' la, n lain2 yang diorang gelar kat perempuan bila tengok perempuan menangis..
tapi ada juga yang jadi cair n lemah bila tengok perempuan menangis or mengalirkan air mata kan?
tapi sebenarnya ada yang lelaki xtau pasal air mata perempuan...

air mata perempuan ni merupakan senjata n kekuatan bagi perempuan tapi kelemahan bagi lelaki..

nak tau kenapa effa cakap camtu?
check dis out ok...

sepasang couple klu bergaduh disebabkan salah pihak lelaki...
perempuan apabila menangis akan membuatkan lelaki rasa bersalah sangat...
lelaki tersebut akan meminta maaf kerana membuatkan perempuan tersebut sedih n menangis...
lelaki tu juga akan lebih 'care' pasal perasaan perempuan tu
(tu pun kalau lelaki tu betul sayangkan perempuan tu la..)
orang pun akan cakap lelaki tu kejam sebab mendera perasaan perempuan yang ikhlas sayangkan dia..
blame will be put on guys...

sepasang couple kalau bergaduh sebab salah perempuan....
lelaki akan marah perempuan tu n perempuan tu akan menangis..
lelaki tu pun akan jadi serba xkena sebab kalau orang lain nampak perempuan tu menangis, orang akan cakap dia tu lelaki dayus sebab memarahi perempuan tu dengan teruk sampai menangis..
orang akan cakap guna la kaedah yang lembut untuk menegur kesalahan....
blame will be put on guys...

cuba bayangkan sepasang kekasih bergaduh n lelaki yang menangis..
orang akan cakap..
'lembik r lelaki tu.. gaduh dengan awek je nangis... ape daa....'
xpun orang akan cakap..
'bodoh r lelaki tu nak nangis sebab gaduh dengan awek... xjantan r nangis pasal awek ni..'
blame will be put on guys...

apabila seorang perempuan menangis disebabkan xmampu nak buat sesuatu kerja...
orang for sure akan kata 'kesian perempuan tu... siapa la sanggup buli dengan bagi perempuan tu banyak sangat kerja yang teruk2..'
kalau lelaki gentleman pasti akan cakap, 'biar saya tolong awak buat kerja tu... jangan nangis ya...'
sesiapa pun akan simpati...

apabila seorang lelaki menangis sebab xmampu buat kerja yang diamanahkan...
orang akan cakap..
'apsal lembik sangat ni? baru suruh buat kerja sikit dah nak nangis..  macam perempuan je... cuba la jadi jantan sejati... dah namenye lelaki memang la banyak tanggungjawab..'

tu antara beberapa situasi yang berkaitan dengan air mata...
so camne?

betul x air mata merupakan kekuatan bagi perempuan tapi kelemahan bagi lelaki...




VS




lelaki kalau tengok perempuan menangis akan jadi lemah n lelaki kalau menangis orang akan kata lelaki tu lemah...

pi mai pi mai tang tu jgak...

air mata apabila dikaitkan dengan lelaki akan menjadi kelemahan lelaki...

so siapa cakap perempuan bodoh?
perempuan sebenarnya bijak kerana tahu menggunakan senjata mereka....

siapa yang bijak or siapa yang kurang bijak sebenarnya...???

renung-renungkan, fikir-fikirkan.......

PeReMpUaN LeMaH ke LeLaKi KuRaNg BiJaK...????

hi u'olls..
entry kali ni boleh dikatakan kesinambungan bagi entry perempuan lemah..??

girls...
orang slalu cakap perempuan lemah kan?
dan yg selalu cakap camtu adalah lelaki...

well..
ade sesetengah situasi mungkin betul tapi bukan semua perempuan lemah n bukan setiap masa mereka lemah...
perempuan sebenarnya ada kekuatan yang luar biasa...
jauh lebih kuat dari lelaki...

perempuan memang boleh bersikap lemah tapi bagi sesetengah situasi je...
contohnya,
perempuan kalau rasa macam x nak angkat barang berat, boleh menggunakn kelemahan tu...
guna je ayat camni....

'abang, berat la beg ni.. sakit tangan nak angkat... abang tolong angkat bole....??? '

buat ayat tu dengan muka kesian + nada manja sikit...

mesti boyfie, kawan lelaki, suami, atau whoever yang bergelar lelaki akan kesian n tolong angkat barang yang berat tu n kita sbgai perempuan bole berlenggang...
hihihihi...
betol x?
so perempuan ni lemah ke???

perempuan sebenarnya bukan lemah tapi mereka gunakan kebijaksanaan mereka di tempat n situasi yg btol tanpa disedari oleh lelaki...
so lelaki jangan la terlalu cepat membuat konklusi yang perempuan ni lemah ye....

renungkanlah wahai kaum adam sebelum kamu menjatuhkn hukum yg perempuan ni lemah....

p/s: cuba bayangkan kalau lelaki yang cakap camtu....
      mesti ramai yang muntah hijau kan?
      hihihihi....

next entry effa akan bagi point lain pulak ye.. ^_^

PeReMpUaN LeMaH…???

Lirik Hey Ladies - Rossa

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur
Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semua bohong

Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis


td i duk dgr mp3 kesayangan i ni..



tetibe i dgr lgu hey ladies ni…
i jd mcm berkenan dengan lirik lgu ni…
terutama part yg i bold kn tu….
i rase perempuan skrg dh semakin pandai berfikir dlm perhubungan…
tp x dinafikn yg masih ramai lg yg ‘belum pandai’ berfikir…
i rase perempuan or ladies zaman sekarang kena kuat n bijak mcm lirik lgu ni…
mmg xsemua lelaki jahat tapi kite still kena berhati-hati..
terutama dalam zaman cyber ni…
skrg ramai org berkenalan melalui teknologi mcm chatting n website…
tp kite kena ingt, xsemua org jujur dlm alam maya….
ramai yg hanya berpura-pura menjadi diri org lain…
so xkira la lelaki or perempuan, jgn terlalu mudah mempercayai sesiapa yg kita tidak kenali…
last but not least, be carefull where eva u go…
take care…
mmmuuaahhxxxxxx……..


Nak mati sangat ke..?? dh cukup ke bekalan nk bertemu Pencipta Yang Maha Esa..??

haaiiisshhhh...
ape la nk jadi dengan manusia zaman sekarang ni..
suka sangat menipu..
sampaikan boleh nak menipu kononnya diri sendiri dah mati...
xpaham betol...

cuma 1 je..
kalau nak menipu diri sendiri mati, kena la wat perancangan yang rapi..
takkan tu pon nak kena ajar kot..
kalau nak tipu diri sendiri dah mati, kena la berpakat dengan kawan2 n famili..
baru la xkantoi...
ape daa...

kalau setakat nak call pastu menyamar yang kononnya awak tu adalah sepupu pada 'si mati'
pastu siap janji nak tunjukkan kubur, baik xpayah..
sekali saya call adik 'si mati'
terus dapat confirmation bahawa 'si mati' itu sebenarnya 'si hidup yg berpura2 mati'
awak lupa ke sekarang ni zaman IT
bukannya zaman tuk kaduk yang main utus surat jarak jauh yang dh sebulan baru sampai surat tu..

bukan susah nk confirm kn awak tu hidup ke mati
sedangkan allayarhamah sosilawati pon orang boleh dapat tau dia dibunuh walapon mayatnya dah dibakar n abu dh dibuang...
inikan pulak awak yang masih hidup tu...

please la...
i'm not a child that u can easily lie...

kalau rasa nak berambus n xmau orang contact, xsusah pon la..
tukar je segala jenis no talipon n pergi duduk kt gurun sahara ke, dalam gunung berapi yg dah nak meletus ke..
senang ckit..
baru btol mati n orang xjumpa mayat..


yang lagi xleh blah, siap bg sms jemput kenduri tahlil hari ke7 'si mati' pd hari selasa ni..
pastu cakap 'si mati' tu mati hari raya ke4..
bila saya cakap kalau 'dia' tu mati hari raya ke4, semalam (ahad) yg merupakan hari yg ke7..
selasa ni dh jadi hari ke9..
tp bole plak si sepupu 'si mati' tu jawab jawapan yang agak stupidity 
'saya tak tau camne kira hari mati ni'
masalah btol la engkau yang nak menipu ni..
tak kan la nak kira hari pon x pandai..


pastu bila saya cakap nak pergi sana malam tadi n pagi ni tolong bawak saya pergi kubur,
terus sepupu 'si mati' tu bagi alasan pagi ni dah nak naik bas balik KL..
siap cakap lagi dia kerja di menara petronas..
(habis tu x kan xpandai kira hari kot..)


pelik..pelik...
apsal lelaki ni suka sangat menipu kononnya dia mati ek?
cuba bayangkan kalau orang yang dia tipu tu percaya n dengan penuh kesedihan bagitau famili,
tinggalkan kelas
amik bas pergi jauh2..
semata2 untuk menziarah 'pusara' orang yang mati tu..
tapi dapat tau yang sebenarnya dia ditipu..
korang x kesian ke?


bayangkan jgak kalau korang yang ditipu macam tu oleh orang yang korang paling sayangi dalam hidup..
bayangkan juga lepas ni kalau korang btol2 mati tapi tiada orang nak sedekahkan fatihah sebab fikir korang menipu lagi..
macam mane?
pernah korang fikir pro n cons sebelom korang buat sesuatu??

please be matured..
please be honest...
please don't be stupid..
kalau lepas ni awak masih nak menipu, tolong la jadi penipu yang bijak...


p/s: kalau sampai pasal diri sendiri mati pon nak tipu, x tau la ape lagi yang awak tipu selama ni...


anyway, thanx sebab menipu saya...
at least i know who u r..
da real u...

JoM BaCa MeNgEnAi PeReMpUaN yG LeLaKi x Tau...

nk tau ape yg sebenarnye di sebalik kelakuan ppuan yg lelaki xtau n xsedar?
jom usha blog ni...

http://gurlygoalyguli.blogspot.com/


confirm ade perkara yg lelaki nk tau psl ppuan n ppuan ptot baca supaya xdiperbodohkn oleh lelaki...