Followers

tolong klik ye....

Hidup ini seperti Jongkang-Jongket

adakala kita perlu MENANGIS
agar kita tahu
hidup ini bukan sekadar KETAWA

dan

adakalanya kita perlu KETAWA
agar kita tahu
mahalnya nilai AIRMATA
bersyukur pada orang yang MENYAKITIMU
kerana dia yang membuatmu TABAH

bersyukur pada orang
yang tidak MENGENDAHKAN mu
kerana dia
yang memupukmu BERDIKARI

bersyukur pada orang yang MENJATUHKAN mu
kerana dia 
yang MEMPERHEBATKAN kemampuanmu

bersyukur pada orang
yang MENYIKSA mu
kerana dia
yang menguji KESABARAN dan KETABAHAN mu....


kata-kata ini memang diakui kebenarannya
tapi setakat mana kita boleh cuba menjadi positif seperti itu..??

berapa ramai yang boleh menerima semua kata-kata itu..??
kata-kata mudah untuk diungkap tetapi, sukar untuk ditelan...

orang kata
jangan terlalu banyak ketawa kerana ianya pasti akan berakhir dengan air mata...
adakah itu bermakna kita tidak boleh ketawa?
bukan itu maksudnya..
kita boleh untuk gembira n ketawa..
tapi kita perlu ingat
bukan setiap masa kegembiraan n kebahagiaan akan jadi milik kita...
kita selalu dengar ayat 
'hidup ibarat roda'

tetapi bagi effa
hidup ini lebih seperti jongkang-jongket...


untuk seseorang berada di atas
perlu seseorang menerima beban
untuk menjulang seorang lagi ke atas...
 tidak akan pernah dua-dua di atas 
mahupun dua-dua di bawah...



dalam setiap perhubungan
akan seperti itu
kita tidak boleh jamin dua-dua akan gembira
dalam setap keadaan n situasi
 seorang akan perlu berkorban n menggalas beban
bagi memastikan kegembiraan n kebahagiaan seorang lagi..

sama dengan perasaan..
ada masa gembira
ada masa sedih
kerana kedua-dua nya tidak boleh dirasai pada masa yang sama




walaupon ada yang berkata
'aku sedih tetapi aku turut gembira'
ianya bukan bohong
tapi pasti akan ada satu perasaan yang lebih dominan
dari perasaan yang satu lagi
hidup ini indah jika ada turun n naik
sama macam jongkang-jongket
kita akan rasa seronok bermain jongkang-jongket
bila ade turun n naik
cuba bayangkan apabila seorang hanya berada di atas 
n seorang hanya berada di bawah
kedua-duanya tidak akan rasa seronok

begitu juga dengan hidup
apabila kita selalu ketawa n tidak pernah menangis
kita tidak akan mempunyai perasaan belas
kita tidak akan belajar untuk bersyukur

setiap apa yang terjadi dalam dunia ni
ade sebab dan musabab kenapa ianya terjadi
Tuhan tidak jadikan sesuatu itu tanpa sebab
kenapa kita perlu rasa terluka?
supaya kita akan belajar untuk tidak melukai orang lain
kenapa kita perlu ditipu?
supaya kita tidak akan menipu
kenapa kita perlu rasa kecewa?
supaya kita tidak akan kecewakan impian dan harapan orang lain
kenapa?
kerana kita tau betapa sakitnya bila semua itu terjadi...
kadang-kadang 
sesuatu perkara itu tidak terjadi pada kita
tetapi pada insan yang berada di samping kita 
tetapi bukan bermakna 
kita tidak perlu mengambil iktibar
pasti ada sebab
kenapa ianya terjadi pada insan yang dekat dengan kita
bukan pada kita

maka
kita perlu ingat bahawa Tuhan masih sayangkan kita

kesedihan, kekecewaan, penipuan, pembohongan
semua yang berlaku pada kita
bukan bermakna Tuhan kejam dengan kita
tetapi
Tuhan hanya mahu menguji kita
kenapa?
kerana Tuhan sentiasa menguji hamba yang dikasihi-Nya 

jangan pernah letih
untuk berbuat baik pada insan lain
walaupon kita selalu dibalas buruk 

jangan pernah berhenti
untuk menyayangi
walaupon kita selalu dibenci

jangan pernah menyakiti orang lain
walaupon kita tidak habis disakiti

kerana
Tuhan pasti ada sediakan balasan yang terbaik
untuk kita
yang kita mungkin tidak akan pernah jangka

ingatlah
hidup ini indah
jika ada kemaafan dan kasih sayang


effa

5 comments:

Lengkong said...

simple and nice

~eFFa sLumBeR~ said...

thanx.. =)

Anonymous said...

sntiasa saling memaafi dan buat yg trbaek dlm hidup

~eFFa sLumBeR~ said...

akito :
memaafkan semua org sebelum tido..
nescaya hidup gembira..

Pendamba Mawar said...

nice entri dear