Followers

tolong klik ye....

Kita Insan Biasa

assalamualaikum semua


tadi minah tengah dengar my beloved pinky mp3 sambil buat assignment
pastu tiba-tiba minah terdengar 1 lagu ni yang membuatkan minah terhenti buat assignment
minah dengar lagu tu smpai 4x ulang
pastu minah terus search lirik die sebab lagu tu lirik die menimbulkan 1001 soalan dalam minda


lirik lagu tu boleh di concludekan lebih kurang macam ni la
perempuan ni menyesal dengan kisah silam zaman remaja
tapi lelaki tu hanya cakap 'what past is past'
dia pun pernah buat kesilapan
ada masa diburu dosa silam
tiada orang pernah terlepas dari buat kesilapan
walaupun kesilapan tu berbeza
dan lelaki tu sedia terima perempuan tu seadanya
kerana
KITA INSAN BIASA


persoalan yang timbul dalam otak ni adalah 


masih wujudkah lelaki seperti itu?
bukan setakat lelaki la, perempuan pun
masih wujudkah insan yang sudi menyayangi seikhlas hati dan menerima pasangan hidupnya sekadar apa adanya?


seperti yang kita tahu,
zaman sekarang orang memandang kesempurnaan
sedangkan kesempurnaan itu hanyalah ada pada Dia Yang Maha Esa


semua mahukan yang TERBAIK
semua mahu yang TERINDAH
semua mahu yang PERFECT


tapi 


PERFECT kah kita?
SEMPURNA kah kita?
TERBAIK kah di mata semua?


persoalan yang seterusnya timbul


siapa kita untuk menghukum?
kita terlalu mudah menghukum orang
terlalu mudah memandang rendah pada orang
terlalu mudah menghina orang


mungkin orang tu pernah melakukan kesilapan yang bagi kita sangat teruk 
tapi siapa kita nak menghukumnya?
siapa kita nak mengatakan insan tu berdosa
dan siapa yang bagi kita hak untuk menghina dan mengeji dia atas kesilapan masa lalu
dosa dan pahala bukan urusan kita
mungkin kita kata orang tu terkutuk sebab die pernah buat benda yang tak elok
tapi sekiranya dia bertaubat
dia mungkin lebih bersih jiwanya dari kau yang mengutuk dia


"sekiranya kita bertaubat nasuha, kita seperti bayi yang baru lahir" 
itu perumpamaan yang saya pernah dengar
kalau salah maaf dipohon
sebab saya bukanlah ustazah yang banyak ilmu
tapi
ingatlah
Tuhan Maha Pengampun & Penyayang


kau mengata orang tu tapi maybe dosa kau yang suka mengeji tu lagi banyak dari dia
dan tak mustahil juga kau akan melakukan kesilapan yang sama 
kerana syaitan sentiasa mencari peluang untuk menggoda manusia


sekiranya kita memandang tinggi pada orang,
sentiasa bersangka baik
Tuhan pon sayang
dan orang akan memandang tinggi pada kita


oleh itu, kalau kita tahu masa silam seseorang itu
janganlah kita mengeji dan menghina sekiranya dia sudah bertaubat


ingatlah balik
kita pun bukannya tak pernah buat salah kn?


terimalah pasangan kita seadanya sekiranya kau ikhlas menyayanginya


jangan diungkit kisah yang lalu kerana 


kita hanyalah insan biasa


by the way, ni the actual lyrics


Kita Insan Biasa 

( P )
Andainya dapat kuulang semula
Suatu zaman yang bernama remaja
Akan terpelihara segala milikku
Hanya buatmu...

( 1 )
( L )
Lautan mana yang tidak bergelombang
Bumi yang mana tidak ditimpa hujan
Aku sepertimu ada waktu diburu
Oleh dosa-dosa masa yang lalu...

( P )
Diriku mawar pudar warna
Tiada lagi yang istimewa
Dapat dipersembahkan
Menjadi satu lambang sucinya percintaan

( L )
Usah lagi kita persoalkan
Keterlanjuran di masa nan silam
Kusedia terima dirimu seadanya
Kita insan biasa...

( ulang dari 1 )

( P )
Diriku mawar pudar warna
Tiada lagi yang istimewa
( L )
Kusedia terima dirimu seadanya
Kita insan biasa...



best lagu ni...
dengarlah ye...
minah pon nak sambung buat assignment....
daaa....

4 comments:

Saifuddin said...

emmmmm
jiwang kdg2 xpe
jgn slalu
hehehehe

~MiNaH sEnGeT~ said...

hehehe...
kadang2 je.. tbe2 lagu jiwang yg kua so menjiwang la jap.. hihi..
nk slalu kena tunggu ade partner.. hahaha...

oranglidi said...

oh, dh agak dah lagu ni. hehe. mmg best pun lagu ni. lirik die pn buatkn aku trpikir benda yg sama.

~MiNaH sEnGeT~ said...

tau xpe..
kiranya kita ni sehati berdansa jugak la ek? hahaha....
tapi lagu tu sebenarnya ade yg tersirat..
cume kita kena bukak minda utk memahaminya..
cewahhh.. hehehe...