Followers

tolong klik ye....

Jom Kita BERGATHERING Lagi....

jom kita bergathering kawan-kawan sekalian....


seriously teringin nak berjumpa dan bergumbira dengan member blogger lagi
kenangan zaman Gath 09 dulu memang best
atas sebab itu, effa nak plan Gath 11 pulak..


info mengenai perancangan gathering ni seperti di bawah


Gath 11
Date         : Jun 2011
Venue     : Cherating, Pahang
Activity : BBQ, Camp Fire, Games, Gift Exchange etc


kita stay 1 malam
nanti boleh mandi pantai sekali.. =)
effa akan survey harga tempat penginapan...
sebab dulu effa pernah beberapa kali p cherating n stay sana
penginapan pon tak mahal


so nanti effa update lagi
buat masa sekarang effa nak survey dulu 
a) berapa ramai yang nak pergi  
b) bila tarikh yang sesuai dalam bulan 6 tu untuk kita buat Gath 11
c) tempat lain yang ingin dicadangkan (kalau ada)
d) siapa sudi menjadi organizer bersama


lagi ramai yang join lagi meriah kan?


so pada yang terbaca post ni boleh la ajak member ramai-ramai bagi respond kat entry ni
supaya nanti senang nak plan n senang nak atur perkara yang berkaitan
lagi cepat, lagi ramai, lagi meriah dan lagi menarik kita boleh buat Gath 11 ni nanti...


lagipon bila lagi kita nak berkenal-kenalan dengan rakan blogger ni kan
di samping merapatkan ukhwah, mane la tau boleh bertemu jodoh..
tak gitu..??  
hihihii....


so sila la bagi idea dan cadangan anda di ruangan komen ye...
thanx...

Diet 0 Diet

ai semua...
hari ni effa nak story pasal diet


sekarang ni effa tak tau nape sane sini orang asyik cakap pasal nak diet
memang sekarang musim diet ke ape?


bagi effa yang tiada niat nak diet ni pulak telah 'terpaksa' diet
nak tau kenapa effa cakap terpaksa diet?


macam dalam entry sebelom ni effa ada cakap berat effa turun 1.5 kg dalam masa 1minggu kan?
bagi orang yang sedang dalam proses diet pasti akan jeles.. kan? kan? ^_^


ada seorang sahabat maya effa di facebook yang dalam proses diet
beliau sekarang sedang mengamalkan diet karbohidrat iaitu dengan tidak mengambil nasi
kesian beliau terpaksa menahan godaan nasi yang sungguh sedap itu


(bluekkkkk)
sorryy...


tapi bagi effa
sekarang semua makanan sudah tidak menyelerakan
semua makanan tidak lagi menjadi kegemaran effa
semuanya gara-gara sakit yang dialami


ya.. effa sakit


dan sakit ini la yang menyebabkan berat effa turun
dah masuk DUA minggu masih belom sembuh
dah DUA kali pergi klinik tapi tetap tak nak jugak sembuh


mama dan abah tiap-tiap hari bertanya khabar melalui telefon
macam-macam saranan


pagi tadi mama call tanya effa balik rumah tak esok
effa cakap tak sure lagi sebab effa takut pening naik bas
takot nanti muntah dalam bas
tiba-tiba
malam ni mama sms
mama cakap esok abah datang jemput
tak tau kenapa mama nak sangat effa balik
mungkin sebab risaukan effa yang sakit ni kot
terima kasih kerana mengambil berat akan anak mu ini.. =)


so esok pagi habis je kelas effa akan pulang ke rumah


sekarang effa sedang cuba untuk makan
kesian nasi ni
tak sampai separuh pun yang effa makan
suku je kot
tu pon kena paksa
sekarang effa tak rasa lapar
tak de selera nak makan
segala-galanya rasa tak sedap
sebulan effa macam ni alamatnya kurus kering la effa


so pada korang semua yang masih mempunyai selera dan ada kesihatan yang baik tu
makan la..
abah effa pun kata
buat ape la nak diet ni


makan je sementara masih dikurniakan nikmat selera makan ni


nanti dah tua or sakit
selera makan tu dah tak de
dah tak boleh dah nak makan tu semua
(macam effa sekarang ni)


so wat cik amy sayang dan incek boneka
good luck on ur diet
tapi jangan paksa diri tu sangat tau...


ok la,
i got to go
nanti effa post lagi ye...
tata semua...

hot.. Hot... HOT...!!!!

yawnnn... '0'

badan penat, mata mengantuk
tapi xleh nak tido sebab kepanasan...
ni yg susah bile duk hostel..
kipas plak pihak U wat kipas dinding bkn kipas syiling
bila katil double decker mcm ni, 
memang kesian la kan kat org katil bawah sebab tak rasa angin
which is me!

hadoii...
panas badan n panas hati
nak angkut kipas stand bawak kat sini,
asyik balik naik bas je.. camne nak angkut kipas
so memang kena sabo je la
dah la dapat rumate yang pentingkan diri sendiri
tak fikir pasal orang lain

sabo ye effa...
kuatkan semangat

ok la
effa dah mengantuk
mau tido..
esok kelas pukul 8 pagi
so memang kena tido awal la
kalau tak, takot tak terbangun je esok...

so goodnight y'all..

esok kalau ade mood nak menaip, 
effa update lagi..
see u guys tomorrow... 
chiooowwwwww........

Short Story

entry pendek di awal pagi




berat saya telah turun 1.5 kg dalam tempoh 1 minggu..




sekian
dari bilik berita melaporkan




berita sisi:

1 minggu = 1.5 kg
1 bulan = 4 minggu  
4 x 1.5 kg = 6 kg
1 bulan = 6 kg
wow....!!!


Kita Insan Biasa

assalamualaikum semua


tadi minah tengah dengar my beloved pinky mp3 sambil buat assignment
pastu tiba-tiba minah terdengar 1 lagu ni yang membuatkan minah terhenti buat assignment
minah dengar lagu tu smpai 4x ulang
pastu minah terus search lirik die sebab lagu tu lirik die menimbulkan 1001 soalan dalam minda


lirik lagu tu boleh di concludekan lebih kurang macam ni la
perempuan ni menyesal dengan kisah silam zaman remaja
tapi lelaki tu hanya cakap 'what past is past'
dia pun pernah buat kesilapan
ada masa diburu dosa silam
tiada orang pernah terlepas dari buat kesilapan
walaupun kesilapan tu berbeza
dan lelaki tu sedia terima perempuan tu seadanya
kerana
KITA INSAN BIASA


persoalan yang timbul dalam otak ni adalah 


masih wujudkah lelaki seperti itu?
bukan setakat lelaki la, perempuan pun
masih wujudkah insan yang sudi menyayangi seikhlas hati dan menerima pasangan hidupnya sekadar apa adanya?


seperti yang kita tahu,
zaman sekarang orang memandang kesempurnaan
sedangkan kesempurnaan itu hanyalah ada pada Dia Yang Maha Esa


semua mahukan yang TERBAIK
semua mahu yang TERINDAH
semua mahu yang PERFECT


tapi 


PERFECT kah kita?
SEMPURNA kah kita?
TERBAIK kah di mata semua?


persoalan yang seterusnya timbul


siapa kita untuk menghukum?
kita terlalu mudah menghukum orang
terlalu mudah memandang rendah pada orang
terlalu mudah menghina orang


mungkin orang tu pernah melakukan kesilapan yang bagi kita sangat teruk 
tapi siapa kita nak menghukumnya?
siapa kita nak mengatakan insan tu berdosa
dan siapa yang bagi kita hak untuk menghina dan mengeji dia atas kesilapan masa lalu
dosa dan pahala bukan urusan kita
mungkin kita kata orang tu terkutuk sebab die pernah buat benda yang tak elok
tapi sekiranya dia bertaubat
dia mungkin lebih bersih jiwanya dari kau yang mengutuk dia


"sekiranya kita bertaubat nasuha, kita seperti bayi yang baru lahir" 
itu perumpamaan yang saya pernah dengar
kalau salah maaf dipohon
sebab saya bukanlah ustazah yang banyak ilmu
tapi
ingatlah
Tuhan Maha Pengampun & Penyayang


kau mengata orang tu tapi maybe dosa kau yang suka mengeji tu lagi banyak dari dia
dan tak mustahil juga kau akan melakukan kesilapan yang sama 
kerana syaitan sentiasa mencari peluang untuk menggoda manusia


sekiranya kita memandang tinggi pada orang,
sentiasa bersangka baik
Tuhan pon sayang
dan orang akan memandang tinggi pada kita


oleh itu, kalau kita tahu masa silam seseorang itu
janganlah kita mengeji dan menghina sekiranya dia sudah bertaubat


ingatlah balik
kita pun bukannya tak pernah buat salah kn?


terimalah pasangan kita seadanya sekiranya kau ikhlas menyayanginya


jangan diungkit kisah yang lalu kerana 


kita hanyalah insan biasa


by the way, ni the actual lyrics


Kita Insan Biasa 

( P )
Andainya dapat kuulang semula
Suatu zaman yang bernama remaja
Akan terpelihara segala milikku
Hanya buatmu...

( 1 )
( L )
Lautan mana yang tidak bergelombang
Bumi yang mana tidak ditimpa hujan
Aku sepertimu ada waktu diburu
Oleh dosa-dosa masa yang lalu...

( P )
Diriku mawar pudar warna
Tiada lagi yang istimewa
Dapat dipersembahkan
Menjadi satu lambang sucinya percintaan

( L )
Usah lagi kita persoalkan
Keterlanjuran di masa nan silam
Kusedia terima dirimu seadanya
Kita insan biasa...

( ulang dari 1 )

( P )
Diriku mawar pudar warna
Tiada lagi yang istimewa
( L )
Kusedia terima dirimu seadanya
Kita insan biasa...



best lagu ni...
dengarlah ye...
minah pon nak sambung buat assignment....
daaa....