selamat pagi cinta..
hari ini effa dalam mood nak berbicara soal cinta..
sekarang effa perasan ramai orang berbicara soal cinta
cinta sudah jadi 1 topik hangat
sedangkan satu masa dulu, ianya merupakan satu isu yang sangat personal
setiap orang ada pandangan tersendiri mengenai cinta
bagi effa, effa pun ada pandangan tersendiri
for me,
percintaan ibarat 'drug testing'
maksud effa kat sini adalah
chemist mencipta sejenis ubat
penawar untuk sejenis penyakit
tetapi tahap keberkesanan ubat itu tidak dapat diketahui selagi ianya belum diuji
dan kita dipilih untuk menjadi bahan ujikaji
untuk melihat keberkesanan ubat tu..
kenapa effa kata ianya seperti 'drug testing' ?
sebab kita memang tahu ianya ubat yang dicipta bagi menjamin kesejahteraan manusia
tetapi kita tidak akan pernah tahu tahap keberkesanan n kemujaraban ubat tu melainkan ianya telah diuji terlebih dahulu..
dan kesan ubat itu pada setiap orang tidak akan sama
kerana tahap antibodi badan kita berbeza
sama seperti cinta..
kita selalu dengar
cinta itu indah
cinta membahagiakan
cinta menggembirakan
cinta penuh bunga2
tetapi kita tidak akan pernah tahu
sama ada cinta itu memang untuk kita atau tidak...
sebab itu kita juga pernah dengar
cinta itu dusta
cinta itu sengsara
cinta menyeksakan
cinta itu menyakitkan
jangan kita takut untuk bercinta kerana orang2 dsekeliling kita semuanya menemui kegagalan dalam bercinta
kerana mungkin kita tidak akan menerima nasib sebegitu
dan
jangan pula kita terlalu mudah menerima cinta kerana kita lihat insan2 disekeliling kita bahagia
setiap perkara ada risikonya
duduk dalam rumah pun ada risiko
apatah lagi bercinta
tetapi
jika kita tidak pernah berani mengambil risiko, sampai bila2 kita tidak akan tahu
sampai bila2 kita tidak akan pernah rasa nikmat cinta
sampai bila2 kita tidak akan pernah menemui cinta sejati
bagi insan yang pernah kecewa dalam bercinta
jangan serik untuk bercinta lagi
kerana yang dah terjadi, tidak akan pernah boleh diubah
tetapi masa hadapan kita boleh tentukan
cinta sejati kita sedang menunggu kita bukakan mata hati untuk melihat mereka
tanggalkan kaca mata ego mu dan lihatlah dengan terang cinta yang terbentang di depanmu...
cinta sebenarnya suatu perkara yang mudah
janganlah kita merumitkannya
untuk mencintai n untuk dicintai juga mudah
yang penting kita jujur n ikhlas
cinta tidak perlu syarat..
cinta juga tiada specification
cinta tiada ukuran
cinta juga tiada saiz kapasiti
cinta tiada tanda harga
kerana cinta itu tidak ternilai harganya....
I want someone who will LOVE me unconditionally...
for ALL my faults
&
ALL my qualities
someone who will take me
as I am
jika kita tidak pernah memberi
bagaimana kita layak untuk menerima
renung2kan...
cinta yang hakiki adalah cinta pada Ilahi
tetapi kita juga perlu cinta sesama manusia..