Followers

tolong klik ye....

aPaBiLa Si KeCiL PaNdai BeRmaiN sMs...

assalamualaikum n selamat pagi...

sebenarnya di awal keheningan malam yang dah masuk pagi ni, tiba2 rasa teringat dekat 2orang si kecil yang berada di rumah dengan mama n abah tu...

si kecil 2org tu sangat n amat manje dengan effa...

time effa nak daftar sem baru 12.07.2010 hari tu, diorang berdua tak mau bagi effa balik UMP..
diorang cakap 'along, along xyah la balik asrama.. along duduk rumah je la..'
effa pon cakap la kat diorang effa kena balik jugak sebab cuti dah habis..
tapi boleh pulak diorang cakap 'ala, along xyah balik lagi.. along cakap la along demam.. cuti seminggu lagi..'
pastu diorang dengan muka kesian budak2 cakap 'along,kalau along balik sana, boring la kitorang nanti.. sape nak main dengan kitorang.. sape nak tolong ajar untuk ulangkaji time periksa.. sape kitorang nak nyakat n geletek nanti..'
ayat yang last tu yang xtahan dengar tu.. =)


tapi mereka memang sangat comel bile cakap macam tu..
diorang xbagi effa balik asrama..
diorang sentiasa nak peluk, nak nyakat, nak geletek..
bila effa tegur, diorang akan cakap 'ala, nanti along dah balik asrama, xdapat nak nyakat along dah.. bagi la kitorang nyakat along n geletek along..'
bile diorang cakap macam tu, tak sampai hati nak larang..
walaupon geli yang amat tapi kena tahan la.. sebab bile diorang dapat wat mcm tu, diorang happy sangat..
air mata dah mula nak mengalir.. rindu kat diorang...

ahad 08.08.10
diorang sms.. diorang memang rajin sms..
setiap kali sms, mesti diorang akan tanya
'along sihat?'
'along dah makan?'
'along buat ape?'

tapi yang paling diorang akan kerap tanya
'bila along nak balik rumah?'
hari tu diorang sms..
'along, bila along nak balik rumah?'
effa cakap la effa akan balik jumaat 13hb ni..
pastu diorang sms lg..
'along kitaorang rindu sangat kt along'
time ni effa dh sebak..
effa pon balas 'along pon rindu afiq n auni..'
diorg sms lg.. 'along kitaorang sayang along'
time ni dah rasa sayu je bace sms diorang...
yang effa hanya mampu balas 'along pon sayang korang berdua..'
lepas tu diorang bagi sms yang lagi buat effa sebak n menitis air mata...
'along kitaorang nak sangat jumpa along'

Ya Allah..
sebaknya rase...
diorang bagi sms tu macam kitorang dh lame sangat xjumpa..
sedangkan baru seminggu je kitorang xjumpa..
hujung minggu baru ni 7 n 8hb effa xbalik sebab banyak sangat keje...
kalau x, setiap minggu effa akan balik sebab nk tolong mama kat kedai, tengok abah sakit n jaga budak dua orang tu..
cuma minggu lepas je effa xbalik..
so dah seminggu effa xjumpe diorang..
tapi effa xsangka sampai macam tu sekali diorang sms..
menitis air mata effa di saat menaip entry ni..

tadi effa call mama.. borak dengan mama..
tanya khabar abah.. khabar budak dua orang tu..
keadaan abah tak banyak berubah..
sekejap ok sekejap tak..
tapi abah makin kerap sakit..
effa cerita kt mama mengenai afiq n auni sms tu..
mama cakap, 'tu la yang diorg duk bincang ape nk bagi sms kt along.. diorang duk buat ayat..'
nak tergelak pon ade n sebak pon ade time mama cakap mcm tu..
sampai macam tu diorang nk bg sms..
terharu sangat rasa..
diorang hanya bersikap macam tu dengan effa je..
effa sayang sangat diorang..
diorang la yang membuatkan effa asyik tersenyum n ketawa time d rumah..
tapi kadang2 tu diorang jugak yang buat effa geram..
tapi biase la.. kanak2..
papepon, memang terhibur dengan gelagat diorang..
kadang2 tu diorang berebut untuk dapat perhatian effa, untuk peluk effa, untuk suap effa..
diorang selalu bagi hadiah kt effa..
walaupon sekadar keychain, pensil, notebook kecik.. (sume diorang beli kt koperasi skolah diorang)
n diorang sentiasa berebut untuk bagi hadiah tu..
memang effa rase sangat terharu..
i love them so much....

afiq, auni...
along cuma nak korang tau, along sayang sangat kt korang..

abah, mama, afiq, auni n semua adik2 along...

i just wanna say that i love all of u so much...


p/s: dulu mybe effa xsedar betapa indahnya kasih sayang antara ahli keluarga tapi sekarang effa sanggup tukar dengan nyawa effa untuk kebahagiaan n kegembiraan mereka...

p/s/s: sayangilah keluarga anda kerana hubungan itulah yang tidak akan pernah putus sampai bila2...

4 comments:

john bert said...

wah wah wah. kalau aku, dah sampai je rumah, teros adik aku tnye. bila nk blk sne smule? sbb aku slalu mrh diorg.haha

~eFFa sLumBeR~ said...

owh..
tu ngn adik yg dh besar ade la kot..
tp org ni jenis ssh nk marah2..
mybe sbb tu bdk kecik 2org tu manje sgt...

Liquid said...

hee betoi2. family's first kan =)

~eFFa sLumBeR~ said...

yup..
papepon famili yg paling penting sbb hubungan kekeluargaan ni xkn pernah putus..
kita wt silap cmne pon, diorg ttp maafkn n terima..
so hargai la famili kita sementara kita masih hidup berkeluarga..
nnt dh mati, sorg2...