Followers

tolong klik ye....

KuLiT BuKu Pon BoLe TeRcaBuT..

don't judge a book by its cover...

tp itu ape yg human will always do...

y? bcoz ade org ckp 'dari mata turun ke hati'

human plak praktik, 'dari mata pergi ke minda n wat spekulasi'

xpe.. tu hak masing2..

for me, people bole judge aku mcm mane yg diorg nak...

orang yg kenal aku akan tau aku macam mane...

orang xkenal aku akan cakap 'ko ni apsal dengan semua orang ko baik? ade pape ke?'

orang yang kenal aku plak akan cakap 'ko ni baik sangat.. sampai orang pergunakan ko..'

untuk situasi yang sama tp dialog yg berbeza..

ade orang akan benci aku dengan perangai aku tp ade orang yang suke aku dengan perangai aku..

mulai sekarang aku dengan prinsip baru aku..

aku tidak akan kacau or ganggu hidup orang yang bg diorg aku tak lebih dari seorang pengacau..

aku tak akan msg, ym, im, chat, call or pape je melainkan org yg contact aku dulu...

senang..

so aku tak kan digelar pengacau..

n aku akan spend masa dengan orang yang memang perlukan aku dalam hidup diorang..

my family, my friend, my bff, him, her n my famili angkat...

hope aku kuat..

hope aku tabah...

aku tau aku kuat kot...

hohoho...

Kawan, Sahabat & Teman

dulu ku punya teman
kini tiada 
terima kasih kawan

dulu ku punya kekasih
kini kasihnya pudar
terima kasih kawan

dulu ku punya kegembiraan 
kini ku miliki kesedihan
terima kasih kawan

dulu wajahku dihiasi senyuman
kini air mata menjadi teman
terima kasih kawan

doaku 
semoga kau kawanku
memperoleh kegembiraan n kebahagiaan
dan ku tahu
Tuhan akan makbulkn

kerana 
Dia Maha Pengasih dan Penyayang

buat temanku 
maafkan diriku


tetapi ketahuilah
dirimu begitu berharga bagiku


pesan abahku,
sekiranya orang berbuat jahat kepada kita..
ucapkan alhamdulillah..
kita tidak perlu membalasnya dengan kejahatan
kerana itu menunjukkan kita tidak ubah sepertinya..
pohonlah kepada Tuhan agar dia diberi yang baik-baik saja...

insyaallah abah..
effa akan ingat pesanan abah sampai bila-bila..



ku cuba untuk tersenyum kembali
tetapi sukar..
sahabat, bantulah aku...
ku sudah xpunya teman..
ku sudah xpunya kawan..
cuma sahabat yang masih ku ada...




temanilah aku...
pujuklah aku..
bantulah aku..
bagilah aku kekuatan untuk menghadapi semua dugaan yang mendatang...

aPaBiLa Si KeCiL PaNdai BeRmaiN sMs...

assalamualaikum n selamat pagi...

sebenarnya di awal keheningan malam yang dah masuk pagi ni, tiba2 rasa teringat dekat 2orang si kecil yang berada di rumah dengan mama n abah tu...

si kecil 2org tu sangat n amat manje dengan effa...

time effa nak daftar sem baru 12.07.2010 hari tu, diorang berdua tak mau bagi effa balik UMP..
diorang cakap 'along, along xyah la balik asrama.. along duduk rumah je la..'
effa pon cakap la kat diorang effa kena balik jugak sebab cuti dah habis..
tapi boleh pulak diorang cakap 'ala, along xyah balik lagi.. along cakap la along demam.. cuti seminggu lagi..'
pastu diorang dengan muka kesian budak2 cakap 'along,kalau along balik sana, boring la kitorang nanti.. sape nak main dengan kitorang.. sape nak tolong ajar untuk ulangkaji time periksa.. sape kitorang nak nyakat n geletek nanti..'
ayat yang last tu yang xtahan dengar tu.. =)


tapi mereka memang sangat comel bile cakap macam tu..
diorang xbagi effa balik asrama..
diorang sentiasa nak peluk, nak nyakat, nak geletek..
bila effa tegur, diorang akan cakap 'ala, nanti along dah balik asrama, xdapat nak nyakat along dah.. bagi la kitorang nyakat along n geletek along..'
bile diorang cakap macam tu, tak sampai hati nak larang..
walaupon geli yang amat tapi kena tahan la.. sebab bile diorang dapat wat mcm tu, diorang happy sangat..
air mata dah mula nak mengalir.. rindu kat diorang...

ahad 08.08.10
diorang sms.. diorang memang rajin sms..
setiap kali sms, mesti diorang akan tanya
'along sihat?'
'along dah makan?'
'along buat ape?'

tapi yang paling diorang akan kerap tanya
'bila along nak balik rumah?'
hari tu diorang sms..
'along, bila along nak balik rumah?'
effa cakap la effa akan balik jumaat 13hb ni..
pastu diorang sms lg..
'along kitaorang rindu sangat kt along'
time ni effa dh sebak..
effa pon balas 'along pon rindu afiq n auni..'
diorg sms lg.. 'along kitaorang sayang along'
time ni dah rasa sayu je bace sms diorang...
yang effa hanya mampu balas 'along pon sayang korang berdua..'
lepas tu diorang bagi sms yang lagi buat effa sebak n menitis air mata...
'along kitaorang nak sangat jumpa along'

Ya Allah..
sebaknya rase...
diorang bagi sms tu macam kitorang dh lame sangat xjumpa..
sedangkan baru seminggu je kitorang xjumpa..
hujung minggu baru ni 7 n 8hb effa xbalik sebab banyak sangat keje...
kalau x, setiap minggu effa akan balik sebab nk tolong mama kat kedai, tengok abah sakit n jaga budak dua orang tu..
cuma minggu lepas je effa xbalik..
so dah seminggu effa xjumpe diorang..
tapi effa xsangka sampai macam tu sekali diorang sms..
menitis air mata effa di saat menaip entry ni..

tadi effa call mama.. borak dengan mama..
tanya khabar abah.. khabar budak dua orang tu..
keadaan abah tak banyak berubah..
sekejap ok sekejap tak..
tapi abah makin kerap sakit..
effa cerita kt mama mengenai afiq n auni sms tu..
mama cakap, 'tu la yang diorg duk bincang ape nk bagi sms kt along.. diorang duk buat ayat..'
nak tergelak pon ade n sebak pon ade time mama cakap mcm tu..
sampai macam tu diorang nk bg sms..
terharu sangat rasa..
diorang hanya bersikap macam tu dengan effa je..
effa sayang sangat diorang..
diorang la yang membuatkan effa asyik tersenyum n ketawa time d rumah..
tapi kadang2 tu diorang jugak yang buat effa geram..
tapi biase la.. kanak2..
papepon, memang terhibur dengan gelagat diorang..
kadang2 tu diorang berebut untuk dapat perhatian effa, untuk peluk effa, untuk suap effa..
diorang selalu bagi hadiah kt effa..
walaupon sekadar keychain, pensil, notebook kecik.. (sume diorang beli kt koperasi skolah diorang)
n diorang sentiasa berebut untuk bagi hadiah tu..
memang effa rase sangat terharu..
i love them so much....

afiq, auni...
along cuma nak korang tau, along sayang sangat kt korang..

abah, mama, afiq, auni n semua adik2 along...

i just wanna say that i love all of u so much...


p/s: dulu mybe effa xsedar betapa indahnya kasih sayang antara ahli keluarga tapi sekarang effa sanggup tukar dengan nyawa effa untuk kebahagiaan n kegembiraan mereka...

p/s/s: sayangilah keluarga anda kerana hubungan itulah yang tidak akan pernah putus sampai bila2...

Pemergian Seorang Blogger Merangkap Pelajar UMP

assalamualaikum pembuka bicara...

tengah malam ni effa menulis post ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga MOHAMAD ASSUANDIE BIN MOHAMAD ASPAR di atas pemergian beliau pada petang tadi akibat kemalangan.
arwah merupakan pelajar tahun 4 fakulti kejuruteraan mekanikal Universiti Malaysia Pahang (UMP)
beliau juga merupakan seorang blogger..
ini merupakan link beliau bila kau ada aku
marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah untuk beliau...
semoga beliau ditempatkan dikalangan orang beriman..
amin...

PintaKu DariMu...

assalamualaikum...

hari ni effa cume nak cakap pasal life d ump utk sem 1 10/11
hmmm...
semester ni agak mencabar bagi diri effa sebab batch effa semua dah pergi LI tapi effa masih di UMP...
effa kena masuk kelas ngn junior tahun 3 n tahun 4....
tapi mungkin ada hikmah disebalik semua ni kan?
effa rasa effa lebih bersemangat untuk belajar, buat kerja, buat nota....
mungkin sebab effa dah lama bercuti..
dalam 6bulan jugak effa duduk rumah, jadi mungkin otak effa dah cukup rehat kot...

tapi bila effa dah balik ump ni, banyak benda yang jadi...
abah sakit...
doktor sahkan injap jantung abah bocor...
so doktor cakap abah kena operate...
kena tukar injap jantung abah dengan injap buatan...
kesian abah... 
sekarang keadaan abah makin teruk...
abah dah tak boleh banyak bergerak..
kalau tak, abah akan sesak nafas....
sedih sangat tengok keadaan abah..

so sekarang ni every week effa akan balik rumah...
balik tengok abah n tolong mama kt kedai...
walaupon penat n busy dengan assignment, PSM, plant design n lab report, tapi effa kuatkn jugak...
lagipon effa kesian dengan adik effa yang dua org kt rumah tu..
diorang masih kecik n perlu orang care n jaga...
lagipon diorang sangat manje ngn effa...

tapi sekarang effa rasa, semua yang jadi dah semakin mematangkan effa...
effa semakin berfikir mengenai family..
dulu effa akui, effa sendiri cuba jauhkan diri dari family..
mungkin sebab effa rase diri ini kurang disayangi berbanding adik-adik...
tapi, sekarang effa dah xkisah siapa lebih disayangi atau dimanjakan...
yang effa tau, effa nak jaga abah, mama n adik-adik effa...
effa nak belajar sampai dapat degree in chemical engineering ni..
xlama lagi dah effa nak habis belajar..
ade setahun je lagi..
pastu effa akan pergi LI dan effa akan bekerja...
so abah n mama xperlu nak bekerja keras lagi...

effa xtau nape air mata effa mengalir di saat entry ni ditulis..
mungkin kerana perasaan kasih, sayang pada family n mungkin juga kerana baru sekarang effa sedar betapa pentingnya keluarga bagi diri effa...
ape yang effa termampu lakukan sekarang hanyalah belajar dengan bersungguh-sungguh n tolong parents berniaga n tolong jaga adik dua orang yang ade kt rumah n tolong bantu diorg dalam pelajaran...
n tak dilupakan, mendoakan supaya abah cepat sembuh..
sekiranya pembedahan itu adalah satu-satunya jalan untuk menyembuhkan penyakit abah, effa redha n effa berdoa semoga abah selamat menjalani pembedahan yang dijadualkan hujung tahun ini...
doa effa sentiasa untuk semua ahli keluarga effa, sahabat, teman n seluruh umat Islam...
effa xmahu mnta ape-ape dari kalian..
yang effa pinta hanyalah sepotong doa untuk abah effa semoga beliau cepat sembuh n selamat menjalani pembedahan nanti...
juga tolong doakan effa berjaya dalam pelajaran agar effa dapat mengubah keadaan keluarga effa..
n tolong doakan semua adik-adik effa berjaya dalam pelajaran masing-masing...

effa tau effa xkan mampu untuk membalas semua jasa kalian..
semoga Allah membalasnya dengan 100 kebaikan untuk kalian..
Amin Ya Rabbal Alamin...

sekian, wassalam...